Ekonomi UK Tak Berkembang, Ini Reaksi Pelik Pelabur!

361

United Kingdom (UK) berjaya mengelak daripada kemelesetan pada tahun lepas walaupun data terbaru menunjukkan ekonomi negara itu tidak berkembang pada suku keempat.

Data yang dikeluarkan Pejabat Perangkaan Kebangsan (ONS) menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan sifar dalam tempoh Oktober hingga Disember.

Ini menyusuli kemerosotan 0.5% yang direkodkan pada bulan Disember ekoran terjejas oleh krisis kos sara hidup yang tinggi.

Angka terbaru yang dicatatkan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kesan yang dialami ekonomi Britain tidaklah seteruk yang dijangkakan kebanyakan penganalisis.

Malah, Bank of England (BOE) pada minggu lalu ada meramalkan bahawa UK akan mengalami kemelesetan yang ‘cetek’ tetapi dengan tempoh lebih panjang.

Dalam konteks ini, cetek bermaksud tidak teruk seperti yang diramalkan sebelum ini oleh BOE yang mengatakan ekonomi negara itu akan berdepan risiko kemelesetan yang mendalam (parah).

Impak daripada data ini, mata wang pound didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 1.2120 berbanding US dolar.

Pelabur tampaknya gagal memberi reaksi ketara memandangkan data yang diterbitkan juga tidak cukup kuat untuk merangsang pergerakan pound lebih agresif pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat