Ekosistem Berkembang, CEO BitMEX Beli $500K Dalam Kripto Ini!

343

“Hmm, agak-agak harga PENDLE boleh tembus $10 tak pada tahun ini?”

Arthur Hayes, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bursa mata wang kripto BitMEX baru-baru ini mendedahkan sesungguhnya beliau menambah Pendle (PENDLE) bernilai lebih $500,000 serta Dogecoin (DOGE) ke portfolionya.

Bukan itu sahaja, beliau juga adalah salah seorang penyokong Ethena (ENA) mengendalikan USDe yang berjaya berkembang menjadi stablecoin keempat terbesar di dunia dengan modal pasaran lebih $3.5 bilion.

Berbalik pada PENDLE pula, ekosistemnya telah berkembang maju disebabkan jumlah nilai terkunci (TV) naik lebih $6.9 bilion yang menjadikannya rangkaian DeFi kelima terbesar dan ia bantu ramai orang memperoleh pulangan dengan memegang stETH, eETH serta rsETH.

Menerusi data daripada DEXTools, terdapat lebih 27,686 pemegang PENDLE di mana satu address didapati memegang 21.35% daripada jumlah bekalannya.

Sementara address kedua pula memegang kira-kira 12.2% kemudian ketiga memegang 11.3% daripada jumlah token PENDLE, jadi di sini perlu diketahui sepuluh pemegang terbesar secara keseluruhannya mengawal 69% daripada bekalannya.

Cabaran utama bagi pemegang ialah PENDLE bersedia memperkenalkan lebih banyak token pada pasaran kripto memandangkan terdapat 155 juta dalam edaran berbanding jumlah bekalan melebihi 258 juta.

Suka dimaklumkan Hayes yang sudah berada dalam pasaran kripto selama bertahun-tahun telah menjadi terkenal sejurus selepas mengasaskan BitMEX dan 100x Group iaitu sebuah firma yang melabur dalam syarikat aset digital.

Sehingga berita ini ditulis, harga PENDLE menjunam kira-kira 0.45% pada paras $5.85 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $908 juta tetapi masih mencatatkan pendakian 15.72% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat