Elon Musk Bersuara, FTX Antara Kegagalan Ekonomi Terbesar Dunia!

497

“FTX pun memang teruk jatuh, jadi tak hairan kalau Musk cakap macam tu.”

Susulan krisis bank yang berterusan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk bertindak berkongsi pandangannya semasa terdapat kritikan hebat tentang cara bank dikendalikan oleh pengawal selia.

Sudah sedia maklum saham bank mengalami penurunan drastik apabila Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank di Amerika Syarikat (AS) menemui kegagalan ditambah pula dengan kejatuhan Credit Suisse.

Namun, pasaran kripto menyaksikan situasi sebaliknya apabila kebanyakan harga aset digital melonjak walaupun krisis bank semakin berleluasa.

Selain itu, Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) pada masa ini sedang berada dalam proses pembidaan untuk memperoleh SVB yang kini beroperasi sebagai bank berpiagam nasional.

Sementara penggabungan Credit Suisse dan UBS telah menjadi punca saham bank dan bon menyusut pada hari Isnin susulan ia akibatkan bon Credit Suisse bernilai $17 bilion dihapuskan yang membawa kerugian besar kepada pelabur.

Berbalik kepada Musk, beliau dalam akaun Twitter miliknya telah meletakkan syarikat exchanger kripto FTX yang sudah musnah di kalangan Lehman Brothers, Credit Suisse dan SVB bagi menunjukkan pandangannya tentang kesan bencana ditinggalkan oleh FTX.

Secara umumnya, Musk adalah penyokong tegar memecoin Dogecoin (DOGE) dan mempunyai hubungan rapat dengan CEO Binance Changpeng Zhao (CZ), di mana didedahkan bahawa syarikat exchanger kripto itu memiliki ekuiti dalam Twitter.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat