Elon Musk ‘Ugut’ Rancang Nak Buang 10% Pekerja Tesla

938

‘Mungkin Musk nak kurangkan kos supaya ada duit nak beli Twitter.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk mengatakan beliau memiliki ‘firasat buruk’ tentang keadaan ekonomi dan merancang untuk memecat 10% pekerja syarikat kereta eletrik (EV) tersebut.

Rancangan pemecatan 10% itu telah dizahirkan dalam satu email kepada syarikat yang bertajuk ‘penghentian pengambilan pekerja di seluruh dunia‘.

Berita ini hadir 2 hari selepas ‘ugutan‘ Musk kepada para pekerja untuk kembali ke pejabat dan kegagalan melaporkan diri akan menyebabkan mereka dibuang kerja.

Setakat ini pihak Tesla masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.

Difahamkan Tesla memiliki seramai 100,000 orang pekerja pada akhir 2021 dan memandangkan situasi Amerika Syarikat (AS) sekarang ini dibelenggu inflasi yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi, tidak hairan Musk boleh bertindak sedemikian.

Tidak dilupakan juga laporan pendapatan tahunan sayrikat yang lemah boleh menjadi faktor kepada pengurangan pengambilan pekerja seperti apa yang berlaku di Netflix Inc.

Pada berita berbeza, Musk dilihat bertengkaran di Twitter dengan jutawan teknologi Australia dan pengasas bersama Atlassian Plc iaitu Scott Farquhar.

Dipercayai pertengkaran tersebut berlaku disebabkan Farquhar menyindir tindakan Musk yang memaksa pekerjanya kembali ke pejabat.

Musk membalas dengan menyatakan kemelesetan berfungsi sebagai pembersihan ekonomi yang penting sebagai tindak balas kepada ciapan Farquhar tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat