Emas Diam Tidak Berkutik Pada Sesi Asia! Apa Kes?

859

Emas mempamerkan pergerakan yang agak terhad dengan terus bergerak di sekitar harga yang sama kerana petunjuk yang diberikan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell untuk mempercepatkan pengetatan dasar monetari.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan berlegar di sekitar harga $1,780 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,782 per auns.

Powell mengulangi semula ungkapannya sebelum ini di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Rakyat AS, bahawa bank pusat akan mempercepatkan pengurangan pembelian asetnya berikutan risiko infllasi yang semakin meningkat.

Hal ini telah menyokong pengukuhan US dolar dan mengurangkan daya tarikan terhadap logam berharga emas, selain turut disokong oleh data pekerjaan ADP sektor swasta AS yang lebih kuat dari dijangkakan.

Dagangan emas juga tidak terkesan dengan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih rendah dengan berlegar pada sekitar tahap 1.42%.

Terdahulu pada sesi New York, terdapat berita mengenai penemuan kes pertama varian coronavirus Omicron di Amerika Syarikat, namun emas gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu vaksin Covid-19 sedia ada masih boleh memberi perlindungan terhadap varian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat