Emas Hitam Kekal Lemah Di Paras Terendah 3 Bulan

377

Minyak mentah kekal didagangkan lemah di paras terendah tiga bulan selepas diperlihatkan dengan bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang melambung lebih tinggi pada bulan Jun.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak WTI Amerika Syarikat didagangkan berlegar pada $96 setong sementara dagangan minyak Brent pula diniagakan sedikit berubah pada $100 setong.

Harga pengguna AS tanpa dijangka melonjak kepada 9.1% pada bulan lalu, sekali gus menguatkan jangkaan pengetatan Federal Reserve (Fed) yang lebih agresif.

Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kebimbangan terhadap risiko kemelesetan yang disebut-sebut oleh Fed dalam mesyuarat polisi Jun lalu.

Dalam pada itu, data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pula menyerlahkan permintaan di Amerika yang semakin lemah dengan produk yang dibekalkan jatuh kepada 18.7 juta tong sehari, terendah sejak Jun 2021.

Sementara inventori minyak mentah dan bahan api AS dilaporkan meningkat minggu lalu, disokong oleh satu lagi pelepasan besar daripada rizab strategik.

Tumpuan kini diarahkan kepada Presiden AS, Joe Biden yang akan bertemu Arab Saudi pada Jumaat di mana beliau dijangka menyeru peningkatan pengeluaran minyak di tengah-tengah usaha untuk menurunkan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat