Emas Macam Roller Coaster, Sekejap Tinggi Sekejap Rendah

1,028

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan logam kuning emas didagangkan stabil setelah mempamerkan pergerakan ‘roller coaster’ minggu lalu.

Sesi Asia menyaksikan harga emas didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $2,015 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $2,019 per auns.

Emas susut mendadak daripada paras tertinggi minggu lalu susulan kebangkitan semula raja mata wang US dolar yang turut membenam kebanyakan mata wang utama.

Bagaimanapun, paras harga $2,000 kekal menjadi paras sokongan buat logam kuning itu yang mengekangnya daripada jatuh lebih rendah.

Fokus minggu ini terarah kepada ucapan daripada beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed), terutamanya Pengerusi Jerome Powell pada hari Jumaat.

Sebarang kenyataan mengenai kadar faedah dan ekonomi semasa bakal dijadikan petunjuk untuk hala tuju dasar Fed seterusnya oleh pelabur.

Pada masa yang sama, pasaran juga akan terus mengikuti perkembangan mengenai isu siling hutang.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan penggubal dasar tertinggi Republikan akan bertemu pada hari Selasa untuk berbincang.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat