Emas Nak Ke Mana? Makin Tinggi Je Naik

1,081

Harga emas terus bergerak lebih kukuh walaupun pada masa yang sama raja matawang US dolar turut memperlihatkan kekuatannya di awal minggu.

Pengukuhan emas menandakan pasaran bimbang dengan risiko inflasi yang semakin tinggi menyebabkan logam kuning itu terus menjadi daya tarikan buat pelabur.

Ketika penulisan, spot emas diniagakan menguat di paras ketingggian lima bulan pada $1,867 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,869 per auns.

Sementara US dolar pula sedikit susut selepas menokok lebih tinggi pada sesi sebelum ini, dengan hasil bon AS 10 tahun pula stabil pada tahap 1.60%.

Presiden AS Joe Biden akhirnya menandatangani pakej rangsangan infrastruktur $1 trilion setelah sekian lama ia tertangguh disebabkan ketidaksefahaman antara parti Republikan dan Demokrat.

Berita yang meningkatkan sentimen pasaran ini, sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan USD pada sesi Asia hari ini untuk menyusut sedikit. Namun, matawang gergasi itu masih kukuh di sekitar paras tertinggi tahun ini.

Sementara itu, penegasan bank pusat utama untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar turut memberi sokongan buat dagangan emas.

Terbaru, Bank Pusat Eropah (ECB) menolak untuk melaksanakan pengetatan lebih awal kerana bimbang ia akan membawa kemudaratan pada ekonomi yang masih berdepan dengan ketidakpastian daripada kes Covid-19 yang kembali meningkat di Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat