ECB mengakhiri lingkaran kenaikan kadar faedah terpantasnya pada bulan September dan dalam masa yang sama inflasi yang kini kian perlahan. Justeru tidak hairan perbincangan mengenai pelonggaran dasar sedang mendapat perhatian, walaupun pelabur dan penggubal polisi berbeza pandangan mengenai masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
Beberapa negara kawasan Eropah yang utama akan menetapkan upah dalam beberapa bulan akan datang dan Ketua Ekonomi ECB, Philip Lane, telah berkata ECB akan mempunyai data penting menjelang mesyuarat Jun, petanda bahawa tiada perubahan kadar sehingga masa itu.
Waima begitu para pelabur berspekulasi mengenai pengurangan kadar yang jauh lebih cepat dan melihat 150 mata asas pengurangan kadar dalam kadar deposit 4% yang tertinggi dalam sejarah, dengan langkah pertama dijangka seawal pada Mac atau April.
Disisi lain, ahli ECB dan Gabenor Bank Perancis, Francois Villeroy de Galhau. juga berpandangan senada. Menurut beliau, walaupun langkah seterusnya Bank Pusat Eropah (ECB) kemungkinan adalah pengurangan kadar faedah, namun beliau melihat tidak ada keperluan untuk bergegas melakukannya, dan ECB bersedia untuk menunggu pada waktu yang sesuai.