“Wahhh seriuslah? Semua orang masih hold lagi ETH ke atau ada yang dah jual?”
Currency crypto kedua terbesar Ethereum (ETH) yang menggunung sehingga $3,824 telah menjunam semula $3,230 disebabkan Bitcoin (BTC), tetapi terdapat 3 sebab mengapa harganya boleh cecah $4,000 dalam jangka pendek.
Salah satu faktor yang menyokong peningkatan ETH ialah mengurangkan bekalan di bursa kripto, di mana jumlah baki antara aliran keluar masuk dari semua wallet bursa kripto dketahui telah menunjukkan penurunan mendadak sejak Oktober 2023.
Mengurangkan baki ETH di bursa kripto membawa makna pelabur boleh mengeluarkan tokennya ke dalam wallet simpanan sendiri yang menunjukkan kekurangan niat mereka bagi menjual susulan menjangkakan kenaikan harga pada masa hadapan.
Susulan wallet yang memegang $100,000 atau lebih dalam ETH telah meningkat daripada 94,620 kepada 141,406, whales didapati tidak menjual aset digital itu tetapi terus mengumpulnya lagi untuk memperoleh lebih banyak keuntungan.
Turut menyumbang pada penurunan ETH yang tersedia untuk perdagangan ialah peningkatan jumlah ETH yang staking pada Beacon Chain susulan lebih 31.58 juta ETH bernilai $119.8 bilion kini staking pada protokol layer Proof-of-Stake (PoS).
Jadi di sini dapat dilihat 26.3% daripada bekalan ETH telah staking ditambah pula jumlah nilai terkunci (TVL) pada EtherFi melepasi $2 bilion yang menyerlahkan peningkatan populariti dan penggunaan protokol liquidity ETH.
Permintaan meningkat untuk leverage pula mengakibatkan pendakian dalam futures open interest (OI) ETH yang berjumlah $11.98 bilion iaitu menghampiri paras tertinggi $13 bilion pernah disaksikan pada 9 November 2021.
Kini, pasaran dalam rantaian dan derivatif ETH mencerminkan keyakinan dan jangkaan pelabur untuk mendapatkan kelulusan spot ETH ETF ditambah pula terdapat naik taraf Dencun yang boleh mendorong harganya naik tinggi.
Setakat penulisan ini, harga ETH menyusut sebanyak 3.23% pada paras $3,509 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $421 bilion tetapi tetap merekodkan lonjakan 8.12% sepanjang minggu lepas.