Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (23 April 2024)
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (4.00 Petang) – Memasuki dagangan minggu di penghujung bulan, pasaran akan memerhati data sektor penting ini untuk mengukur kesihatan semasa ekonomi negara. Bacaan data di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah bakal memberi impak terhadap mata wang Euro.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (4.30 Petang) – Bacaan data untuk bulan April di UK dijangka akan terus kekal di atas paras 50 mata yang menunjukkan pengembangan bagi kedua-dua sektor.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (9.45 Malam) – Jika berlaku perubahan ketara pada bacaan data, akan mempengaruhi pergerakan US dolar. Data ekonomi menjadi indikator sensitif kepada pasaran ketika ini yang sedang menilai keputusan langkah Federal Reserve untuk penetapan dasar monetari mereka.
RABU (24 April 2024)
Australian Inflation Data (9.30am) – Menjadi tumpuan bank pusat Australia, bacaan indeks harga pengguna yang terbaru akan menjadi petunjuk penting. Namun pasaran akan menjangkakan tiada perubahan ketara pada angka yang diterbitkan bagi bulan Mac dan suku pertama 2024.
KHAMIS (25 April 2024)
Data KDNK AS (8.30 Pagi) – Setelah suku pertama 2024 berakhir, bacaan awal bagi pertumbuhan ekonomi Amerika akan dinilai pada bulan ini. Unjuran pertumbuhan adalah lebih rendah berbanding angka yang dicatatkan untuk bacaan suku terakhir 2023 yang lalu.
JUMAAT (26 April 2024)
BOJ Policy Meeting (Asia Session) – Berkemungkinan menjadi acara yang ditunggu pelabur di penghujung minggu ini, keputusan mesyuarat oleh bank pusat Jepun dinantikan. Kadar faedah di Jepun akhirnya telah keluar dari zon negatif. Pasaran turut nantikan sebarang petunjuk untuk campur tangan bank pusat dalam pasaran ketika nilai Yen jatuh ketara dari zon kritikal 150.00.
US PCE Price Index Data (8.30 PM) – Sebagai komponen data inflasi, data perbelanjaan peribadi pengguna AS ini menjadi salah satu pemerhatian Federal Reserve untuk menetapkan perubahan pada kadar faedah semasa. Data ini juga boleh mencetuskan pergerakan drastik US dolar untuk sesi terakhir dagangan minggu ini.