Data indeks perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu membuatkan US dolar terus mengekalkan prestasi suram dari hari sebelumnya.
Bacaan data yang kurang memberangsangkan itu meningkatkan kecenderungan terhadap langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed), sekaligus menambahkan tekanan buat US dolar.
Situasi suram US dolar itu memberi ruang untuk mata wang utama lain untuk mengukuh termasuk Euro.
Euro mendapat impak positif berikutan perkembangan acara pilihan raya yang sedang berlangsung di Eropah.
Euro juga dilihat dibuka sedikit tinggi pada permulaan sesi Asia pagi ini ekoran parti sayap kanan memenangi pusingan pertama pilihan raya parlimen Perancis hujung minggu.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga berlegar pada zon 1.07000 sehingga ke dagangan penghujung minggu lepas.
Pelabur bersedia menjangkakan kenaikan harga untuk berlaku dengan isyarat bullish harga yang bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Menutup dagangan penghujung minggu sekitar paras 1.07100, harga dibuka di sesi Asia pagi ini pada 1.07400 dengan perbezaan jarak (gap) 30 pips.
Kenaikan diteruskan melepasi paras dagangan minggu lepas ke sekitar 1.07600 dengan sasaran untuk menuju zon tumpuan 1.08000.
Sekiranya zon tersebut berjaya ditembusi, akan menjadi isyarat bullish lebih jelas harga dengan kenaikan dijangka untuk diteruskan lagi mencapai sasaran pada 1.09000.
Sebaliknya, jika harga berundur membuat penurunan semula, zon 1.07000 dilihat akan kembali dihampiri dengan reaksi harga akan diperhatikan.
Jika harga tembus ke bawah 1.07000, berkemungkinan paras terendah terbaru bakal dicatatkan sebelum harga dijangka mencecah pada 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG