“Kalau peranti Apple diharamkan, pekerja Elon Musk nak ganti guna jenama apa pula?”
Meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya, jutawan Elon Musk bakal mengharamkan Apple dalam firmanya sekiranya jenama teknologi gergasi tersebut menggabungkan teknologi OpenAI dalam sistem pengendalian iPhone.
Namun perlu diketahui ancaman tersebut dapat menjejaskan para pekerja termasuk operasi di SpaceX, Tesla dan platform media sosial X susulan peranti sudah biasa digunakan sejak dahulu lagi.
Susulan bimbang terhadap privasi dan keselamatan selepas Apple mengeluarkan kemas kini, Musk mencadangkan beberapa langkah berjaga-jaga yang ketat termasuk mewajibkan sesiapa datang bekerja meninggalkan produk Apple mereka dalam sangkar Faradey semasa masuk.
Terdahulu, Apple mengumumkan bakal menambah baik Siri melalui penyepaduan OpenAI ChatGPT yang akan meningkatkan keupayaan artificial intelligence (AI) bagi menjawab pertanyaan termasuk membenarkan Siri memajukan permintaan seperti dokumen dan foto.
Apple turut berhasrat memperkenalkan ciri “Writing Tools” yang membenarkan pengguna mengarang teks baharu dan mengedit teks sedia ada melalui AI termasuk melaksanakan keupayaan penjanaan imej Open AI bagi bantu pengguna cipta content visual dokumen serta meningkatkan interaksi peranti.
Selama bertahun-tahun, hubungan antara Musk dan OpenAI semakin kritikal susulan beliau bukan sahaja menuduhnya menyimpang daripada misi asalnya malah mengutamakan keuntungan berbanding inovasi dan keselamatan.
Biarpun pertemuannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Tim Cook pada 2022 telah meredakan ketegangan buat sementara waktu, interaksi Musk yang berbalah dengan Apple bermula sejak pertikaian tentang dasar pembayaran firma.