“Wow nampak macam berpotensi, korang pula rasa macam mana?”
MEMEAI, memecoin yang dicipta semata-mata berdasarkan tweet Elon Musk tanpa disedari menjadi trending sekali lagi memandangkan seluruh pasaran mata wang crypto sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Memang tidak dinafikan MEMEAI kurang raih perhatian semasa pelancaran awalnya, tetapi harganya mula memberi kejutan ketara apabila menggunung tinggi sehingga $0.0399 daripada $0.0007 pada Mac 2024.
Namun, MEMEAI pada bulan sama telah melihat penerjunan besar-besaran di mana kini harganya berada di atas $0.004 tetapi memecoin itu sudah memperlihatkan penunjuk kenaikan susulan harganya raih 16% dalam masa sehari sahaja.
Umum mengetahui kekurangan sokongan komuniti telah menjadi punca MEMEAI gagal naik biarpun cuba beberapa kali, namun kenaikan harganya kini mungkin disebabkan kemasukan pasaran kripto dalam zon greed, penyenaraian di bursa aset digital dan peningkatan permintaan bagi memecoin.
Didedahkan, MEMEAI yang disenaraikan di tiga bursa kripto iaitu Mitmart, MEXC Global dan Uniswap v3 berjaya membuktikan bahawa peningkatan permintaan untuk memecoin tersebut dalam pasaran kripto telah berlaku.
Menurut penganalisis kripto, memecoin dan Artificial Intelligence (AI) akan naik ke paras tidak pernah dilihat sebelum ini semasa bull run akan datang , jadi di sini dapat dilihat MEMEAI adalah kategori aset digital paling menguntungkan pada masa hadapan susulan memiliki gabungan kedua-dua perkara itu.
Sungguhpun masih tidak pasti bagaimana bull run boleh mengubah dinamik MEMEAI, kenaikannya baru-baru ini telah menjadi harapan pelabur untuk melihat harganya canak ke $0.001 sebelum bulan ini berakhir.
Sehingga berita ini ditulis, harga menjunam sedikit 10.15% pada paras $0.005 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $3 juta tetapi tetap merekodkan kenaikan 11.59% dalam masa tujuh hari lepas.