US dolar masih didagangkan bercampur-campur memasuki pembukaan minggu kedua bagi dagangan awal tahun 2024 ini.
Tampaknya US dolar kembali bergerak lemah di sesi New York semalam ketika pasaran berwaspada minggu ini menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).
Data ini akan menyusuli NFP AS minggu lalu untuk terus memberi petunjuk berkenaan penetapan dasar monetari Fed yang terbaru.
Mata wang Euro dijangka akan dipacu oleh arah pergerakan US dolar ketika kekurangan data-data ekonomi Eropah diterbitkan minggu ini.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak mendatar di sesi Asia dan Eropah semalam sekitar zon 1.09400.
Kemudiannya kenaikan harga diperhatikan di sesi New York susulan penyusutan US dolar telah meningkatkan harga menghampiri paras 1.09800.
Namun, paras 1.10000 yang menjadi tumpuan pada Jumaat lalu gagal dicapai harga semalam.
Harga masih berpotensi untuk pamerkan kenaikan berikutan pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu masih mencadangkan pergerakan trend bullish.
Justeru, rintangan di paras 1.10000 akan menjadi sasaran untuk ditembusi sebelum harga boleh meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.
Jika kenaikan diteruskan, sasaran akan beralih pula ke zon ketinggian 1.11000 yang dicapai harga pada dagangan penghujung Disember lalu.
Namun jika harga memaparkan penurunan selepas ini di bawah sokongan MA50, berkemungkinan paras terendah dicecah pada minggu lalu sekitar 1.08800 akan diuji semula.
Melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu dengan jangkaan untuk harga menuju sekitar 1.08000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW