Bukan hari yang menggembirakan buat pelabur emas semalam apabila menyaksikan terjunan harga yang lebih parah untuk pembukaan awal minggu.
Harga emas susut lebih rendah berbanding dagangan pada minggu lepas dan bersambung ke hari ini (Selasa), harga telah mencecah paras tumpuan $2,600.
Ini menunjukkan kejatuhan sekitar $200 nilai emas dari paras tertinggi $2,790 hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Situasi tersebut didorong oleh faktor pengukuhan US dolar yang menghadkan peningkatan harga emas selepas berakhirnya acara pilihan raya Amerika Syarikat (AS) dan mesyuarat FOMC pada minggu lepas.
Jika diperhatikan pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas telah menyambung penurunan lebih rendah pada Isnin semalam melepasi catatan terendah minggu lalu pada 2643.00.
Dagangan di sesi New York semalam menyaksikan kejatuhan harga mencecah 2610.00 sebelum corak penurunan diteruskan lagi ke hari ini.
Reaksi harga yang memasuki zon tumpuan pada 2600.00-2580.00 akan diperhatikan yang bakal memberi petunjuk hala tuju pergerakan selanjutnya.
Jika masih penurunan dipamerkan tanpa henti, sasaran zon tumpuan seterusnya untuk dicecah adalah pada 2530.00-2500.00.
Namun, sekiranya harga kembali paparkan lonjakan semula di atas zon 2600.00, beberapa paras akan menjadi tumpuan untuk diuji seperti 2643.00 dan 2670.00.
Setelah melepas paras-paras berikut, akan kembali semula potensi buat emas menyinar semula dengan kenaikan yang boleh dijangkakan menuju 2770.00 dan rekod tertinggi 2790.00 sebelum ini.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES