Dagangan emas pada pembukaan awal minggu semalam menunjukkan pergerakan yang agak bercampur ketika persoalan tentang keputusan mesyuarat FOMC masih lagi berlegar-legar dalam pasaran.
Kesan mesyuarat tersebut bakal memberi impak besar terhadap US dolar dan sekaligus mempengaruhi juga pergerakan semasa emas.
Pada Isnin semalam, cubaan kenaikan harga diperlihatkan mencapai ketinggian paras pada minggu lalu, namun harga kembali susut semula di sesi New York.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mencapai kenaikan ke paras sekitar 2037.00.
Namun selepas menguji ketinggian yang turut diuji pada minggu lalu, paras tersebut kekal menjadi rintangan buat harga menyaksikan penurunan berlaku semula di sesi New York.
Harga susut ke sekitar 2022.00 namun disokong untuk menaik semula selepas menyentuh garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Harga mendatar perlahan di zon 2030.00 pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) sebelum kenaikan dipamerkan di awal sesi Eropah melepasi ketinggian 2037.00 sebelum ini.
Namun momentum harga masih perlahan ketika pelabur masih berhati-hati memerhatikan situasi semasa pasaran yang tidak menentu.
Kenaikan harga jika diteruskan selepas ini dilihat akan menguji paras 2050.00 yang turut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru buat emas.
Lonjakan lebih tinggi boleh dijangkakan berlaku kesan daripada reaksi selepas mesyuarat FOMC dan data-data penting diterbitkan minggu ini.
Namun, terjunan harga juga boleh dijangkakan berlaku menyaksikan harga emas ketara susut semula.
Menjunam di bawah zon 2030.00 boleh menekan harga lebih rendah hingga menuju ke zon tumpuan 2000.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW