Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan semalam nampaknya telah mempamerkan angka yang positif iaitu 103.3 mengatasi jangkaan para pelabur (100.9) dan data yang dikeluarkan sebelum ini (101.9).
Harga pasaran emas telah menunjukkan reaksi Bullish selepas data dikeluarkan.
Namun, para pelabur masih lagi menantikan data-data seperti tuntutan pengangguran, Keluaran Dalam Negara Kasar awal (Prelim GDP q/q) dan indeks harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi Teras (Core PCE Price Index) yang dijangkakan bakal memberi kesan kepada harga emas.
Berdasarkan carta harian pada ‘time-frame H1’, harga emas sedang berada dalam keadaan menurun.
Pada carta harian XAU/USD yang mengukur nilai berbanding US dolar di mana harganya berada di sekitar paras 2510.00.
Sekiranya harga ingin melakukan kenaikan, kita boleh menanti pada zon 2516.00 untuk harga menguji pada paras tersebut.
Jika harga berjaya melepasi paras harga 2516.00, sasaran seterusnya adalah pada paras 2524.00 untuk harga sampai pada rintangan tersebut.
Andai harga ingin melakukan pembalikan, kita boleh melihat reaksi harga pada paras 2504.00.
Paras 2498.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon tersebut jika harga berjaya melepasi harga 2504.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.