Carta pasangan mata wang GBP/USD mula menunjukkan isyarat untuk perubahan trend harga apabila penurunan ketara dipaparkan pada dagangan beberapa sesi terbaru.
Situasi pemulihan semula US dolar yang menekan harga jatuh adalah didorong kenyataan Presiden Donald Trump yang dikatakan tidak berhasrat untuk memecat Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell seperti ugutan beliau sebelum ini.
Selain itu, ketegangan perang tarif juga mula mereda apabila Trump memaklumkan rundingan dengan China berjalan lancar.
Tarif ke atas China tidak dikenakan setinggi 145% seperti yang diumumkan sebelum ini, namun kadar tarif tidak akan menjadi sifar.
Pound mula menerima tekanan semula dengan pengukuhan US dolar dengan kedua-dua mata wang itu sedang menantikan data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk UK dan AS.
Pada carta GBP/USD, kenaikan harga menguji zon rintangan pada 1.34000 pada Isnin dan Selasa semalam yang menjadi rekod tertinggi untuk tempoh dagangan 7 bulan.
Paras ketinggian terbaru dicapai sekitar 1.34200 sebelum penurunan harga di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu mencetuskan isyarat untuk trend bearish bermula.
Penurunan harga diteruskan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu) di bawah paras 1.33000 dan mencecah sekitar 1.32400.
Namun harga melantun semula ke paras 1.33000 dan mendatar di sekitar tersebut sehingga pembukaan sesi Eropah.
Kenaikan harga perlu melepasi halangan MA50 jika mahu menguji semula zon rintangan pada 1.34000.
Jika kenaikan kukuh berjaya dipamerkan hingga mengatasi 1.34000, paras ketinggian terbaru mampu dicatatkan semula dengan sasaran untuk menuju pada 1.35000.
Sebaliknya jika harga terus ditekan jatuh, support pada 1.32000 menanti untuk diuji harga yang menjadi tumpuan pada minggu lepas.
Penurunan lebih rendah akan menjangkakan harga mencecah pula pada 1.31000 sebelum dilanjutkan lagi corak bearish tersebut.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK