Situasi pergerakan tak menentu kekal menghantui dagangan emas pada minggu ini dengan kesukaran pelabur untuk menilai arah harga semasa.
Prestasi US dolar yang bercampur turut memberi kesan pergerakan kepada emas ketika data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Selepas beberapa data menjadi tumpuan pada sesi New York semalam, laporan pertumbuhan ekonomi AS untuk suku keempat 2023 lalu akan diperhatikan malam ini.
Seterusnya, tumpuan akan beralih kepada data indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS pada Khamis yan dijangka akan memberi impak lebih ketara kepada US dolar dan emas.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat kekal berlegar pada zon tumpuan 2030.00 sejak minggu lalu hingga ke hari ini.
Pergerakan harga hari ini diperhatikan ketika harga mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang memberi isyarat bearish.
Sekiranya harga terus bergerak susut di bawah 2030.00, ini akan mencetuskan jangkaan untuk penurunan harga buat emas.
Sasaran terhampir harga adalah pada paras yang dicecah penghujung minggu lepas sekitar 2016.00 sebelum penurunan dilanjutkan lebih rendah.
Zon yang menanti sebagai tumpuan utama harga adalah pada sekitar 2000.00 sekiranya corak penurunan harga itu kekal berterusan.
Sementara, jika kenaikan harga berjaya dipaparkan semula, menjauh dari zon 2030.00 harga akan cuba untuk naik melepasi ketinggian sebelum ini sekitar 2040.00.
Seterusnya barulah harga boleh menuju ke paras yang disasarkan penganalisis sebelum ini iaitu zon 2050.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW