Situasi berubah pada penghujung minggu untuk dagangan emas yang telah memberi kelegaan kepada para pelabur logam kuning itu.
Ini disebabkan oleh kejatuhan ketara harga pada Selasa lalu telah menunjukkan pemulihan semula dengan harga kembali didagangkan di atas paras $2,000.
Pengukuhan US dolar ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan gagal diteruskan apabila momentum semakin pudar menyaksikan penyusutan menuju penghujung minggu, memberi ruang untuk harga emas meningkat.
Pelabur memerhati pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan kejatuhan terendah harga pada minggu ini mencecah sekitar paras 1984.00.
Namun harga telah pulih semula semalam menyaksikan peningkatannya menembusi semula paras penting pada 2000.00.
Turut memberi isyarat bullish untuk emas apabila kenaikan yang dipaparkan itu dilihat menembusi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pergerakan harga berlegar perlahan sekitar 2005.00 ketika menyambung dagangan di sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat).
Berkemungkinan pasaran menunggu data ekonomi AS yang akan diterbitkan di sesi terakhir yang bakal mempengaruhi pergerakan harga emas.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan lagi, zon 2030.00 bakal diuji sekali lagi seperti pada dagangan Selasa lalu sebelum terjunan ketara berlaku.
Melepasi zon tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi mencapai sekitar 2050.00.
Tetapi, jika harga emas kembali paparkan terjunan semula, berkemungkinan menembusi paras 2000.00 dan sokongan MA50, ini akan menjadi amaran bahaya buat pelabur.
Harga emas bakal berisiko untuk susut lebih rendah dan boleh melepasi paras 1984.00 sebelum ini sebelum mencecah ke zon tumpuan berikutnya pada 1970.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW