Dagangan emas dilihat cemerlang ketika menuju penghujung minggu ini berikutan tarikan pelabur yang meningkat dalam suasana pasaran yang kian berisiko.
Berkait dengan isu perang, Rusia dilaporkan telah menyerang balas pada Khamis di atas respon serangan yang dimulakan Ukraine pada Selasa lalu.
Situasi semasa tidak menunjukkan tanda-tanda untuk perang mereda, malah kini meningkatkan ancaman global sebagai amaran Presiden Vladimir Putin di atas tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang membenarkan Ukraine menggunakan senjata mereka.
Konflik yang dijangka berterusan itu akan memberi kelebihan terhadap dagangan emas yang mendapat permintaan sebagai aset safe-haven.
Memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menunjukkan corak kenaikan sepanjang minggu ini bermula pada sesi pertama dibuka pada Isnin lalu.
Sehingga sesi New York semalam, kenaikan harga telah mencapai paras tumpuan pada 2670.00, namun tidak terhenti di situ apabila kenaikan diteruskan lagi hari ini (Jumaat).
Tiada perubahan pada isyarat harga yang kekal bullish bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Sehingga ke sesi Eropah, harga masih paparkan corak kenaikan menuju sekitar 2700.00 dengan jangkaan untuk harga capai lebih tinggi selepas melepasi paras itu.
Dengan pergerakan bullish yang dikekalkan, harga emas mampu kembali meraih semula paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 2730.00 dan seterusnya 2770.00.
Namun, jika berlaku terjunan semula harga di bawah paras 2670.00 pada dagangan sesi-sesi akhir di penghujung minggu ini, pelabur akan lebih berwaspada.
Penurunan lebih rendah boleh berlaku untuk harga kembali hampiri semula zon penting pada 2600.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW