Pelabur emas menarik sedikit nafas lega apabila dagangan komoditi berharga itu masih terselamat dari jangkaan untuk menjunam lebih parah di awal minggu.
Ini berikutan pada penutup minggu lepas, harga emas merosot teruk ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan memberangsangkan dan mengukuhkan US dolar.
Namun pada dagangan Isnin semalam, harga emas berjaya meningkat perlahan di atas paras $2,300, meleset berbanding jangkaan untuk menyambung kejatuhan.
Diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas pada Jumaat lalu membuat terjunan dari ketinggian paras 2387.00 sehingga susut di bawah paras 2300.00.
Namun semalam, harga berjaya meningkat di atas paras 2300.00 itu semula selepas mendatar seketika di bawahnya pada sesi Asia.
Di sesi New York, harga mencapai paras 2313.00 dan tidak berupaya untuk meneruskan ke paras lebih tinggi.
Pergerakan harga kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu untuk isyarat bearish buat emas.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga susut semula untuk berlegar-legar di sekitar paras 2300.00 semula.
Sekiranya penurunan lebih rendah berlaku, paras terendah terbaru untuk emas bakal dicatatkan dengan sasaran untuk menuju zon tumpuan berikutnya sekitar 2270.00.
Sebaliknya jika harga emas melonjak tinggi semula dari paras 2300.00 semasa, zon 2380.00 akan menjadi sasaran untuk dicapai semula.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW