Pengukuhan US dolar pada penutup minggu lalu bukan sahaja memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain, malah turut mengheret jatuh harga emas.
Situasi telah didorong oleh laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan bacaan yang agak baik untuk bulan Mei dengan pertambahan pekerjaan dan peningkatan purata pendapatan yang mengatasi ramalan.
Ini juga memberi isyarat untuk Federal Reserve (Fed) menangguhkan rancangan bagi pemotongan kadar faedah yang dijangkakan pada September nanti.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga sempat meningkat ke paras 2387.00 pada Jumaat lalu sebelum terjunan agresif kemudiannya dipaparkan.
Dengan reaksi terhadap laporan NFP yang diterbitkan, harga emas telah menjunam hingga ke bawah paras 2300.00.
Sekitar 2287.00 paras yang dicecah harga pada penutup sesi terakhir dagangan minggu lalu itu dan pergerakan harga kekal perlahan di bawah paras 2300.00 pada pembukaan awal minggu ini.
Dengan momentum kukuh minggu lalu, harga dijangka akan menyambung lagi penurunan lebih rendah dengan zon tumpuan berikutnya adalah pada 2270.00 bakal diuji.
Penurunan yang dilanjutkan melepasi zon itu seterusnya menjangkakan harga untuk mencecah pula sekitar 2222.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 11 minggu.
Namun sekiranya harga berjaya memanjat semula di atas paras 2300.00, kenaikan harga berkemungkinan akan cuba untuk mencapai semula zon tumpuan 2380.00 sebelum ini.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW