Dagangan emas perlahan menyambung pembukaan awal minggu ini apabila harga lebih mendatar berbanding terjunan drastik yang dipaparkan pada penutup minggu lalu.
Petunjuk yang bakal diperhatikan pasaran adalah pada data indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Sebelum itu, pada Khamis esok perhatian akan diberikan dahulu pada data pertumbuhan ekonomi AS untuk bacaan terakhir bagi suku pertama 2024.
Data-data yang memberi impak pada pergerakan US dolar itu akan turut mempengaruhi perubahan pada nilai emas semasa.
Ketika ini tumpuan adalah pada kenyataan yang disampaikan oleh ahli-ahli Federal Reserve (Fed) yang kekal bernada hawkish terhadap dasar monetari mereka, dan memberi sokongan kepada US dolar.
Justeru, dapat dilihat sedikit tekanan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Penurunan perlahan harga diperlihatkan menyambung dagangan hari ini ke paras sekitar 2310.00 setakat pembukaan sesi Eropah.
Harga dilihat semakin menghampiri zon tumpuan 2300.00 yang dijangkakan berikutan pengukuhan US dolar yang tercetus semula.
Malah, harga boleh susut lebih rendah di bawah zon tersebut sebelum sasaran akan beralih ke sekitar 2270.00.
Namun tidak mustahil sekiranya harga emas melonjak semula menuju dagangan di penghujung minggu ini.
Kenaikan harga jika melepasi paras semalam sekitar 2337.00 akan menjangkakan paras yang telah dicapai minggu lalu diuji lagi.
Seterusnya, zon tumpuan pada 2800.00 akan jadi sasaran seterusnya untuk dituju jika harga emas meneruskan lagi pendakiannya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG