Terbeliak biji mata para pelabur emas melihatkan apa yang terjadi pada dagangan emas pada hari ini.
Sejarah baru tercipta lagi apabila harga emas berjaya melonjak ke paras tertinggi terbaru sepanjang masa selepas kenaikan yang berjaya memecah rekod yang dicatatkan pada Disember 2023 yang lalu.
Semalam harga melepasi paras $2,140 dan hari ini kenaikan diteruskan lagi menyaksikan harga terus mengukir sejarah baru mencapai harga tertinggi sekitar $2,160.
Penyusutan berterusan yang berlaku kepada US dolar menjadi faktor menyokong peningkatan nilai emas dalam pasaran.
Namun, pelabur kekal berwaspada untuk sebarang kejutan ketika pelabur menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada penghujung minggu.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah mengekalkan corak kenaikan untuk hari keenam berturut-turut.
Harga mendatar perlahan di paras ketinggian terbaru sekitar 2160.00 itu dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan untuk memburu rekod sejarah baru.
Ini adalah paras yang tidak pernah dicapai harga sebelum ini dan penganalisis meletakkan sasaran sekitar ketinggian 2200.00 sebagai tumpuan terhampir.
Untuk penurunan harga jika pengunduran kembali terjadi, zon 2140.00 akan diuji berserta garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika harga susut lebih rendah, berkemungkinan pelabur akan mengenalpasti petunjuk perubahan trend dan harga boleh dijangkakan untuk membuat penurunan menuju semula sekitar 2080.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW