Emas buat kejutan kepada para pelabur di penutup minggu lalu apabila berjaya bersinar terang selepas mengharungi dagangan suram sejak minggu sebelumnya lagi.
Jika sebelum ini harga emas hanya mendatar sahaja di zon $2,030, pada penghujung minggu lalu harga emas melonjak gah sehingga tembusi paras $2,050.
Selain ketidaktentuan pada kebiasaan dagangan penghujung minggu, harga emas dipengaruhi oleh penyusutan ketara US dolar selepas reaksi terhadap data yang diterbitkan.
Bacaan data tinjauan untuk sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) bulan Februari menunjukkan penguncupan, meleset berbanding angka ramalan.
Ini telah mendorong lonjakan harga emas yang pada mulanya bergelut untuk melepasi paras 2050.00.
Memberi kejutan kepada pelabur apabila lonjakan pada sesi terakhir itu dengan mudah melepasi paras tumpuan 2070.00.
Selepas menembusi sedikit paras 2080.00, pergerakan harga mula perlahan sebelum tirai dagangan minggu itu berlabuh.
Pembukaan awal minggu ini menyaksikan harga mendatar perlahan di paras 2080.00 di sesi Asia sebelum kenaikan perlahan di sesi berikutnya ke paras ketinggian penutup minggu lalu sekitar 2088.00.
Dengan momentum yang telah dipaparkan itu, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk emas minggu ini menuju paras 2100.00 atau lebih.
Harga akan catatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan sebelum menuju paras rekod tertinggi sepanjang masa yang dicapai pada Disember tahun lalu iaitu 2144.00.
Namun harga emas juga tetap berisiko untuk alami penyusutan semula jika situasi dalam pasaran mula berubah.
Susut di bawah 2080.00 akan menjangkakan harga menuju dahulu ke paras tumpuan terhampir, 2070.00.
Seterusnya barulah harga akan kembali semula ke kawasan lonjakan harga bermula minggu lepas sekitar 2050.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG