Harga emas susut lebih rendah pada dagangan Khamis semalam sebelum menyaksikan pemulihan semula pada sesi yang berbeza.
Namun, pemulihan tersebut tidak mengubah corak kejatuhan harga emas yang telah berterusan sejak awal minggu lagi.
Pengukuhan US dolar yang dilanjutkan sehingga semalam terus memberikan tekanan terhadap emas yang semakin hilang daya tarikannya terhadap pelabur.
Jika diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menjunam pada Khamis semalam menyambung terjunan pada hari sebelumnya.
Penurunan harga ke paras terendah 9 minggu itu mencecah 2540.00 sebelum ada lantunan semula diperlihatkan di sesi New York semalam menghampiri kembali paras 2580.00.
Namun kenaikan tidak berjaya dilanjutkan apabila harga mula mendatar dan perlahan menyambung dagangan pada sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Jumaat).
Harga yang kekal ‘tunduk’ di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu menunjukkan isyarat untuk meneruskan pergerakan trend bearish.
Penurunan harga dijangka untuk diteruskan lagi ke paras lebih rendah menuju sasaran tumpuan pada 2530.00 dan seterusnya ke zon 2500.00.
Namun, situasi perubahan arah harga berisiko untuk tercetus pada dagangan sesi-sesi akhir di penghujung minggu, berkemungkinan didorong aktiviti profit-taking dalam pasaran.
Untuk jangkaan bagi pergerakan menaik pula, harga yang melepasi halangan MA50 dan paras 2580.00 akan memberi isyarat untuk kenaikan lebih tinggi.
Jika diteruskan hingga melepasi paras 2600.00, potensi lebih terbuka untuk harga melanjutkan pendakiannya itu hingga ke zon 2640.00-2670.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW