Dagangan emas papar pergerakan mendatar pada pembukaan awal minggu ini dipengaruhi oleh momentum US dolar yang memudar.
Pada penutup minggu lalu, pergerakan tak menentu harga emas disaksikan ketika pasaran memberi reaksi terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan.
Selain itu, pelabur kekal meneliti perkembangan isu perang antara Iran dan Israel yang boleh mempengaruhi tarikan terhadap emas sebagai aset selamat dalam suasana pasaran yang berisiko.
Pergerakan harga diteliti oleh pelabur menerusi carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Pada minggu lalu, beberapa cubaan kenaikan harga emas dilihat terbantut setakat paras 2670.00 yang dinilai sebagai rintangan semasa buat harga.
Namun sehingga ke awal minggu, harga mendatar di sekitar paras 2640.00 membuatkan pelabur tambah berjaga-jaga menantikan petunjuk seterusnya.
Pergerakan harga pada sesi Asia pagi ini masih berlegar di sekitar 2640.00 namun, harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu berikan isyarat bearish.
Harga susut berhampiran 2630.00 pada awal sesi Eropah dengan jangkaan penurunan lanjut akan diteruskan hingga ke sesi berikutnya.
Zon tumpuan harga jika penurunan berterusan selepas ini adalah pada 2600.00 yang turut mempamerkan reaksi menarik pada dagangan September lepas.
Jika semakin jelas harga emas telah memulakan corak kejatuhannya, sasaran seterusnya akan beralih pula kepada 2500.00.
Namun, jika masih lagi emas bertahan dari kejatuhan, kenaikan harga yang cuba dipaparkan lagi sekali akan menguji rintangan pada 2670.00.
Selepas berjaya melepasinya barulah pelabur akan mula meletakkan keyakinan untuk emas memecah rekod tertinggi sejarah yang baru lagi.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW