Pelabur emas kekal optimis dengan pergerakan harga logam kuning itu pada awal minggu ini menyusuli penutupan harga yang positif pada penghujung minggu lalu.
Ini disebabkan penyusutan yang berlaku pada US dolar di sesi terakhir minggu lalu telah mengangkat harga emas naik semakin menjauh dari paras $2,000 yang berjaya ditembusi sebelum itu.
Namun, pergerakan harga pada Isnin semalam agak mendatar susulan pasaran Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena Hari Presiden dan turut memperlahankan pergerakan emas.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat paparkan peningkatan hingga ke paras 2022.00, meneruskan corak kenaikan pada penutupan minggu lalu.
Namun, harga kembali berundur semula ke sekitar paras 2013.00 sebagai paras terendah harian untuk dagangan semalam.
Masih lagi bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu untuk isyarat bullish, harga mendaki perlahan hari ini sehingga ke paras 2022.00 semula setakat awal sesi Eropah.
Jika kenaikan masih berjaya diteruskan pada sesi-sesi berikutnya, zon 2030.00 dilihat menjadi tumpuan sebagai rintangan untuk diuji harga.
Seterusnya, sasaran akan beralih pula kepada 2050.00 sebagai tumpuan harga berikutnya.
Namun jika situasi mula berubah menyaksikan harga susut ke bawah, melepasi garisan sokongan MA50 akan mencetus petunjuk awal untuk perubahan trend bearish.
Harga kemudiannya dijangka akan membuat penurunan ke paras 2000.00 semula untuk menguji paras penting itu dengan reaksi harga diperhatikan untuk petunjuk pergerakan harga emas seterusnya.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW