Pelabur emas gelisah seketika semalam susulan harga logam kuning itu menunjukkan penurunan yang agak ketara di sesi Eropah hingga ke pembukaan sesi New York.
Situasi ini didorong oleh pemulihan semula yang berlaku ke atas US dolar dari prestasi suramnya sebelum ini.
Namun, pelabur sedikit lega apabila kejatuhan harga emas tidak berterusan sebaliknya kembali pulih semula dari paras terjunan awalnya ketika menghampiri ke penghujung sesi New York.
Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berlegar di paras sekitar 2038.00 telah paparkan terjunan hingga tembusi zon 2030.00.
Kegusaran pelabur akhirnya reda semula setelah harga yang mencecah sekitar 2020.00 kembali melantun naik semula untuk menutup dagangan penghujung sesi New York di atas zon 2030.00 semula.
Sepanjang dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat), harga dilihat mendatar di sekitar paras 2033.00 selain turut menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pelabur menantikan pergerakan untuk sesi terakhir minggu ini sebentar lagi sementara kekal berwaspada dengan risiko ketidaktentuan harga.
Untuk jangkaan pergerakan harga di bawah zon 2030.00, penurunan harga boleh melepasi paras terendah semalam atau yang dicecah di awal minggu sekitar 2015.00.
Seterusnya, penurunan yang dilanjutkan lebih rendah bakal menuju zon tumpuan pada 2000.00.
Namun, jika harga paparkan lonjakan yang lebih positif di penutup pada minggu ini, kenaikan harga masih akan mensasarkan ke paras 2050.00 untuk diuji.
Sekiranya berjaya tembus lebih tinggi, harga akan kembali mencapai semula paras ketinggian minggu lalu sekitar 2065.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW