Dagangan emas terus cemerlang sehingga semalam dengan corak kenaikan diteruskan untuk hari keempat berturut-turut menyambung lonjakan pada minggu lalu.
Selepas lonjakan harga emas ketara berlaku pada Jumaat lepas, momentum tersebut dilihat masih berjaya dikekalkan.
Kenaikan harga yang diteruskan semalam dilihat hampir mencapai kembali paras harga yang menjadi rekod tertinggi dalam sejarah untuk emas.
Pergerakan harga dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Lonjakan diteruskan di awal minggu bermula dari paras 2080.00 hingga ketinggian 2120.00 menyusuli corak pada penutupan minggu lepas.
Kenaikan yang masih diteruskan pada dagangan Selasa semalam menyaksikan harga mencapai ketinggian baru sedikit melepasi paras 2140.00.
Paras tersebut dilihat semakin hampir dengan rekod tertinggi sepanjang masa harga yang dicapai pada Disember lalu sekitar 2144.00.
Harga yang sedikit berundur dilihat bergerak mendatar sekitar 2125.00 pada dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu).
Kekal bergerak pada trend bullish, harga terus berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika kenaikan harga masih diteruskan lagi, tidak mustahil untuk rekod terbaru dicatatkan lagi selepas mengatasi paras tertinggi sepanjang masa pada Disember 2023.
Namun jika berlaku terjunan semula, pelabur perlu bersedia untuk pergerakan drastik yang boleh berlaku ke atas dagangan emas selepas itu.
Sasaran adalah untuk harga kembali menuju zon 2080.00 dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW