Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pamerkan lonjakan harian sehingga 160 pips pada Jumaat lalu kesan reaksi pasaran terhadap data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan.
Laporan yang tampil dengan angka-angka positif untuk bulan Disember menunjukkan ekonomi AS masih lagi berdaya tahan ketika majoriti pasaran menjangkakan Federal Reserve (Fed) bakal beralih ke arah fasa pelonggaran dasar monetari untuk tahun 2024 ini.
US dolar sempat mengukuh seketika sebaik sahaja laporan diterbitkan, namun ketara melemah menyaksikan lantunan besar harga berlaku pada carta GBP/USD tersebut untuk sesi terakhir minggu itu.
Jika diperhatikan, harga turun dahulu hampir mencecah 1.26000 dan kemudiannya melantun naik menembusi paras 1.27000 hingga mencapai ketinggian 1.27700.
Harga berundur turun semula ke paras 1.27000 pada penutupan sesi New York itu dan pergerakan harga dilihat perlahan berlegar di sekitar tersebut pada pembukaan dagangan awal minggu ini.
Jika US dolar menyambung penyusutan, Pound akan memiliki kelebihan untuk meningkatkan nilainya lebih tinggi minggu ini.
Namun, pasaran kini sedang berwaspada ketika tumpuan beralih daripada data NFP minggu lalu kepada data inflasi AS pula.
Untuk jangkaan kenaikan harga, lonjakan dari paras 1.27000 berpotensi untuk mengatasi ketinggian dicapai pada Jumaat lalu.
Seterusnya, zon rintangan adalah pada 1.28000 untuk diuji sebelum kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan.
Namun, jika harga terus menjunam di bawah paras 1.27000, harga dilihat lebih cenderung untuk memaparkan corak penurunan menuju zon sokongan harga pada 1.26000.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan mensasarkan pula ke paras 1.25000 yang menjadi tumpuan harga pada dagangan pertengahan Disember lalu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW