Menjadi tumpuan pada sesi Asia pagi ini, keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia (RBA) diperhatikan menyaksikan kadar faedah dikekalkan di paras 4.35%.
Namun, pasaran memberi tumpuan terhadap jawapan oleh gabenor RBA Michele Bullock menerusi persoalan-persoalan yang diajukan oleh media untuk mendapatkan petunjuk dasar monetari selanjutnya.
Bank pusat masih lagi menumpukan objektif untuk menurunkan inflasi ke sasaran 2% sebelum memutuskan langkah berikutnya sama ada penurunan kadar faedah perlu dilakukan atau sebaliknya.
Penganalisis menilai RBA masih kekal hawkish apabila tidak mengubah kenyataan terdahulu iaitu untuk meneruskan pengetatan dasar lanjut jika diperlukan.
Keputusan untuk penetapan dasar monetari selepas ini akan bergantung kepada data-data ekonomi yang bakal hadir.
Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga dilihat berjaya paparkan pemulihan sederhana di sesi Asia pagi ini.
Jika diperhatikan semalam, harga telah menyusut lebih rendah di bawah zon 0.65000 hingga mencecah sekitar 0.64700 susulan momentum tekanan pengukuhan US dolar yang berterusan sejak penutup minggu lalu.
Reaksi positif terhadap laporan pekerjaan NFP pada Jumaat lalu dijangka akan terus memberi kelebihan kepada US dolar pada minggu ini.
Pergerakan harga yang menyambung ke sesi Eropah petang ini dilihat berada di atas 0.65000, namun kenaikan sebentar tadi terbantut pada halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta tersebut.
Jika harga gagal meneruskan kenaikan, sebaliknya harga susut di bawah 0.65000, berkemungkinan corak penurunan harga semalam bakal diteruskan lagi.
Melepasi paras dicecah semalam, penurunan bakal dilanjutkan ke zon tumpuan sekitar 0.64500.
Namun jika harga berjaya meneruskan lonjakan lebih tinggi selepas ini, zon sekitar 0.65500 akan menjadi tumpuan terhampir untuk diuji dan memberi reaksi.
Seterusnya, barulah kenaikan diteruskan menuju ketinggian 0.66000 untuk harga menguji zon rintangan tersebut.
See the picture of the price chart of the AUD/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG