“Haih tu la kena sentiasa curiga dan berhati-hati, kalau tak jadi macam ni la.”
Tidak menyedari ditipu sehingga setahun selepas membincangkan pelaburannya bersama keluarga, seorang suri rumah berusia 64 tahun di Hong Kong telah mengalami kerugian $908,000 setelah melabur dalam platform pelaburan mata wang kripto.
Dilaporkan, salah seorang penipu yang menghubungi mangsa melalui platform media sosial Instagram pada Julai 2022 telah menggesanya untuk melabur dalam kripto melalui link ke platform perdagangan penipuan.
Bersama seorang lagi suspek yang menyamar sebagai wakil khidmat pelanggan daripada platform dagangan, mereka menipu wanita itu untuk memindahkan lebih $900,000 ke dalam 15 akaun bank bagi pelaburan kripto dari 19 Ogos 2022 hingga 4 Mac 2023.
Setelah sekian lama kejadian berlaku, wanita tersebut mula curiga dengan skim itu susulan ia bukan sahaja tidak dapat mengeluarkan asetnya malah menghubungi penipu termasuk wakil khidmat pelanggan palsu.
Rentetan itu, suri rumah melaporkannya kepada pasukan polis tempatan pada awal minggu ini dan siasatan sedang dijalankan, kemudian detektif dari Daerah Barat Hong Kong mendapati nama platform perdagangan kripto penipuan itu mempunyai kaitan dengan laporan penipuan serupa melalui Scameter.
Platform itu membenarkan ramai orang semak address web/IP, e-mel, nama pengguna platform, akaun bank dan nombor telefon mudah alih mencurigakan atau penipuan, tetapi mangsa berkata ia tidak biasa dengan search engine ketika ditanya mengapa tidak lakukan usaha wajarnya di Scameter.
Sungguhpun tiada tangkapan dibuat, polis telah mengklasifikasikan kes itu sebagai mendapatkan harta melalui penipuan di mana ia boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun.
Pada tahun lepas, kerugian kewangan disebabkan penipuan pelaburan kripto melonjak 42.6% pada $3.26 bilion daripada $926 juta pada 2022 dan perlu diketahui jumlah laporan turut naik 5,103 pada 2023 daripada 1,884 tahun sebelumnya.