“Wow seriouslah, korang kena bersedia tau kalau tak nak ketinggalan. Nanti menyesal tak sudah.”
Sejurus selepas melepasi $71,000 semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Galaxy Digital Mike Novogratz meramalkan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal mencecah $100,000 pada penghujung tahun ini yang didorong oleh pertumbuhan peraturan aset digital.
Dalam temu bualnya bersama Bloomberg baru-baru ini, Novogratz berpandangan harga BTC mampu mencanak sehingga $100,000 pada penghujung 2024 sekiranya aset digital tersebut dapat menembusi $73,000 pada minggu depan.
Suka dimaklumkan kelulusan spot BTC ETF yang mencetuskan aliran masuk kira-kira $60 bilion telah menjadi punca harga BTC menggunung ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) hingga para pelabur institusi turut beralih pada BTC.
Jadi di sini dapat dilihat firma institusi yang meningkatkan pendedahan BTC melalui ETF telah menunjukkan lebih banyak pengumpulan sudah berlaku ditambah pula prospek ekonomi makro didapati kian positif.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, peraturan kripto telah menguasai ruang industri lebih luas susulan eksekutif pada masa ini sedang berada dalam proses mencari kejelasan peraturan untuk meningkatkan lagi pelaburan.
Novogratz dan eksekutif kripto lain memuji sokongan dwi-partisan baru muncul yang diterima oleh rang undang-undang FIT21 yang bertujuan meluluskan peraturan Dewan yang kini menghadapi nasibnya di Senat Amerika Syarikat (AS).
Namun perlu diketahui SAB 121 dibatalkan oleh Senat yang diveto Joe Biden telah mencetuskan kritikan hebat daripada komuniti kripto di kalangan pengguna yang melihat ke arah rang undang-undang Inovasi Kewangan.