“Terbaiklah Venezuela, tak duduk diam je biarpun ditimpa masalah.”
Sebagai tindak balas pada sekatan Amerika Syarikat (AS), Venezuela mempergiatkan penggunaan mata wang digital dalam urus niaga minyak melalui firma minyak negara PDVSA yang menyepadukan mata wang crypto ke dalam pilihan pembayarannya bagi minyak mentah serta eksport bahan api.
Perbendaharaan AS yang memberi perniagaan sehingga 31 Mei 2024 bagi menyelaraskan semula transaksinya bersama PDVSA telah berlaku semasa AS mendesak untuk reformasi pilihan raya di Venezuela yang belum dilaksanakan.
Susulan peralihan PDVSA pada transaksi USDT telah dipercepatkan, PDVSA ingin memintas kerumitan sistem perbankan konvensional di mana aset digital boleh dirampas sekali gus menjamin aliran hasil lebih baik daripada jualan minyaknya.
Bukan itu sahaja, PDVSA juga menetapkan prabayaran 50% bagi nilai setiap kargo dalam USDT untuk kontrak baharu dan tawaran minyak segera tidak termasuk swap sementara pelanggan baharu dikehendaki memiliki kripto dalam wallet digital jika ingin berurus niaga bersama firma itu.
Namun, tindakan sedemikian masih menghadapi beberapa cabaran misalnya kebanyakan peniaga dan jabatan pematuhan bersikap berhati-hati susulan USDT dan mata wang digital lain dalam perdagangan minyak adalah fenomena agak jarang berlaku dalam pasaran global.
Oleh demikian, PDVSA akan kerap bergantung pada pengantara yang memainkan peranan penting dalam memastikan transaksi berlaku terutamanya apabila berurusan dengan pasaran besar seperti China.
Memang tidak dinafikan penggunaan kripto dalam perdagangan minyak tidak meluas, tetapi keputusan Venezuela mungkin boleh jadi contoh untuk negara lain yang dikenakan sekatan ekonomi serupa biarpun mata wang digital hanya diterima dalam perdagangan antarabangsa.
Selain memperoleh lesen individu untuk transaksi minyak, menteri minyak Venezuela Pedro Tellechea berkata Venezuela akan terus menandatangani kontrak kemudian mengembangkan projek minyak mentah dan gas semasa tempoh penghentian ditetapkan oleh AS.