Emas melonjak ke paras tertinggi baharu dalam sejarah melebihi $2,470 pada awal dagangan Selasa di tengah-tengah pertaruhan yang semakin meningkat bahawa Federal Reserve (Fed) akan memulakan kitaran pelonggaran dasarnya pada September.
Selain itu, ia turut didorong oleh peningkatan peluang bekas Presiden, Donald Trump memenangi pilihan raya November ini.
Tepat jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2,476.52 iaitu naik sebanyak 0.30% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia.
Angka inflasi diterbitkan pada minggu lepas yang lebih rendah daripada jangkaan mendorong harga logam untuk terus meningkat di saat sentimen dovish oleh Fed.
Pasaran menunjukkan peratusan berlakunya pemotongan kadar 25 mata asas pada bulan September adalah 100% dan sebahagian kecil pakar meramalkan pemotongan sebanyak 50 mata asas.
Sementara itu, perkembangan isu politik sepanjang minggu lepas turut melibatkan ucapan Donald Trump mengenai emas. Beliau menyasarkan untuk meningkatkan tarif dan mengurangkan cukai pemegang yang berkemungkinan besar akan meningkatkan defisit bajet AS bagi menjana tekanan inflasi.
Dari segi data ekonomi, Biro Banci AS melaporkan bahawa Jualan Runcit pada bulan Jun tidak berubah seperti yang dijangkakan. Namun, ia tidak termasuk jualan kereta yang naik mendadak melebihi ramalan.