Bursa Malaysia kekal positif sedikit pada tengah hari tadi kerana pasaran serantau berjuang untuk kekal optimistik terhadap langkah China untuk memulihkan ekonominya yang terjejas.
Laporan berkenaan negara kedua terbesar ekonomi dunia yang mencatatkan deflasi pada Januari telah memburukkan lagi kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi yang berpanjangan.
Walau bagaimanapun, pasaran China masih pada pergerakan mengukuh selepas pertemuan di antara Presiden China, Xi Jinping dan pengawal selia kewangan tertinggi.
Tepat jam 2.30 tengah hari, penanda aras Malaysia FBM KLCI naik 2.55 mata kepada 1,515.66 dengan sentimen pasaran adalah positif di mana kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 419 berbalas 346.
Jumlah dagangan ialah 1.61 bilion unit saham yang bernilai RM887.48 juta.
Beberapa saham mewah menerajui pasaran termasuk CIMB naik enam sen kepada RM6.26, Axiata meningkat enam sen kepada RM2.77 dan Kuala Lumpur Kepong menokok 30 sen kepada RM22.32.
Dalam saham lain seperti Carlsberg naik 28 sen kepada RM19.72, Sunway Construction melonjak 18 sen kepada RM2.65 dan LPI Capital menokok 12 sen kepada RM12.58.
Di pasaran Asia, Indeks Komposit Shanghai meningkat 1.15% kepada 2,862.31 dan saham mewah CSI300 meningkat 0.4% kepada 3,356.
Hang Seng Hong Kong jatuh 0.9% kepada 15,941.
Indeks Nikkei Jepun melonjak 2.1% kepada 36,878 dan Kospi Korea Selatan menambah 0.4% kepada 2,620.