Carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat pamerkan kejatuhan berterusan pada minggu lalu hingga ke sesi yang terakhir.
Penurunan yang telah mencecah paras 1.26000 itu dilihat melepasi paras dagangan pada Jun lalu, sekaligus harga mencatatkan paras terendah terbaru 6 bulan.
Walaupun momentum pengukuhan US dolar dilihat sedikit pudar di penghujung minggu itu, namun Pound kekal suram mengalami kejatuhan sejak awal minggu bermula.
Data-data tumpuan seperti laporan pekerjaan UK dan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu lalu kekal mendorong corak penurunan harga untuk dilanjutkan.
Data inflasi UK dan PMI pembuatan dan perkhidmatan yang akan diterbitkan minggu ini akan menjadi pemacu harga seterusnya.
Sehingga menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini, harga masih dilihat bergerak dalam trend bearish yang terus berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carat GBP/USD itu.
Sekiranya pengukuhan US dolar diteruskan lagi selepas ini, harga boleh susut lebih rendah di bawah support 1.26000 untuk meneruskan pergerakan trend bearish sebelumnya.
Dengan sasaran yang beralih pula ke sekitar 1.25000, penurunan yang diteruskan akan mencatatkan harga terendah terbaru lagi minggu ini.
Namun situasi akan berubah sebaliknya jika berlaku lonjakan harga yang melepasi halangan MA50 sebagai petanda awal untuk perubahan trend.
Seterusnya, rintangan harga adalah di paras 1.27000 yang perlu ditembusi sebelum kenaikan yang dilanjutkan boleh mencapai semula ke paras 1.28000 atau pada 1.29000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW