“Wow terbaiklah, entah-entah harga LINK akan menggunung tinggi dalam masa terdekat ini.”
Circle, pengeluar stablecoin USDC dan EURC menyepadukan rangkaian oracle decentralized Chainlink ke dalam sistemnya supaya para pembangun dapat memiliki tools yang diperlukan bagi mencipta aplikasi kewangan komprehensif.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, perkhidmatan Programmable Wallets Circle dan Chainlink yang merangkumi Data Feeds serta Proof-of-Reserve (PoR) akan mengajar cara pembangun cara memasukkan stablecoin dalam aplikasinya.
Menurut Sandra Persing, Naib Presiden (VP) Produk, Pembangun dan Pemasaran Ekosistem Circle berkata kerjasama tersebut dapat bantu membina asas dan panduan diperlukan untuk pembangun membina aplikasi DeFi lebih baik serta selamat.
Tambahnya lagi, perkongsian itu turut penting memandangkan terdapat peningkatan keperluan untuk perkhidmatan kewangan internet-native khususnya perkhidmatan kewangan digital.
Suka dimaklumkan Circle baru-baru ini juga berhasrat mengembangkan perkhidmatannya ke pasaran Brazil melalui pemeteraian perjanjian bersama Nubank di mana ia akan membenarkan peningkatan kebolehaksesan dolar digital di Brazil dan ketersediaan USDC yang mudah serta cekap.
Perluasan itu memerlukan kerjasama dengan organisasi kewangan Brazil yang terkenal seperti BTC Pactual untuk membawa USDC ke pasaran runcit dan institusi susulan ia adalah salah satu cara untuk memudahkan orang ramai terlibat dalam sistem ekonomi global.
Setakat penulisan ini, harga mata wang kripto LINK diasaskan oleh Chainlink yang kini didagangkan pada paras $17.97 telah mencatatkan junaman sedikit 4.89% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $10 bilion tetapi tetap raih 6.18% sepanjang minggu lepas.