Pada Jumaat lalu terjunan harian dicatatkan sekitar 150 pips pada carta pasangan mata wang GBP/USD, pada Isnin pembukaan awal minggu semalam pula harga menyambung lagi penurunan ke paras terendah terbaru.
Penurunan harian sekitar 120 pips semalam telah pun melepasi paras sokongan harga sebelum ini iaitu pada 1.26000 dan mencecah sekitar 1.25200 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Situasi ini dijangka akan berterusan susulan US dolar masih berjaya mengekalkan pengukuhannya selepas momentum positif pada reaksi laporan NFP diterbitkan Jumaat lalu.
Pergerakan harga yang kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih mencadangkan trend bearish akan berterusan.
Harga berlegar perlahan sekitar 1.25300 pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) namun dijangka akan menyambung lagi corak penurunan pada sesi-sesi berikutnya.
Paras 1.25000 dilihat akan menjadi sasaran diuji setelah kali terakhir harga menyentuh paras itu adalah pada pertengahan Disember tahun lalu.
Jika dilanjutkan penurunan di bawah 1.25000, sasaran berikutnya untuk dituju harga adalah pada 1.24000 sekaligus mencatatkan paras paras terendah terbaru 12 minggu.
Namun jika harga tidak meneruskan penurunan sebaliknya paparkan kenaikan semula, paras 1.26000 bakal menjadi tumpuan untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Jika tembus zon itu dan harga juga turut melepasi halangan MA50, kenaikan lebih tinggi akan dijangka diteruskan ke sekitar 1.27000 pula.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW