US dolar tambah tertekan pada dagangan menuju ke penghujung minggu apabila data pekerjaan ADP diterbitkan semalam dengan angka yang kurang memberangsangkan.
Pertambahan pekerjaan swasta di Amerika Syarikat (AS) catat 99,000 sahaja, lebih rendah berbanding angka ramalan yang menyusuli data JOLTS sebelumnya yang turut diterbitkan suram.
Namun penyusutan US dolar sedikit dihadkan oleh bacaan tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS yang diterbitkan di sekitar angka yang dijangkakan.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah berjaya melepasi paras 1.11000 untuk meneruskan pergerakan menaik sebelum ini.
Walaupun ada penurunan seketika yang ditunjukkan, namun harga telah kembali berada di atas zon 1.11000 pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Trend kekal bullish dengan pergerakan harga kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Pergerakan harga selanjutnya bakal ditentukan oleh laporan NFP yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti selain menjadi indikator penting kepada Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC September.
Untuk jangkaan bagi kenaikan lebih tinggi jika berlaku, harga bakal mensasarkan semula ketinggian 1.12000 yang dicapai pada Ogos lalu.
Paras tersebut adalah yang tertinggi untuk tahun 2024 ini, namun lonjakan kukuh harga mampu untuk mengatasinya.
Sebaliknya jika harga susut semula di bawah paras 1.11000, akan menjadi isyarat awal untuk perubahan semula trend bearish buat harga.
Penurunan lanjut harga bakal diteruskan ke paras yang dicecah sebelum ini sekitar 1.10300 sebelum tumpuan berikutnya adalah pada zon 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG