Mengimbas dagangan pada Jumaat lalu, pergerakan drastik harga berlaku pada carta pasangan mata wang USD/CAD apabila laporan pekerjaan Kanada dan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan bersama.
US dolar mengukuh susulan bacaan laporan untuk Ogos yang positif dengan pertambahan pekerjaan yang baik berbanding bulan sebelumnya, purata upah meningkat dan kadar pengangguran tepati ramalan untuk menurun.
Sebaliknya situasi berlawanan pada laporan pekerjaan Kanada apabila kebimbangan dicetuskan dengan angka pada kadar pengangguran yang meningkat kepada 6.6% untuk bulan Ogos.
Ia merupakan kadar pengangguran yang tertinggi sejak pasca pandemik 2021 yang lalu. Ketika pandemik, kadar pengangguran Kanada pernah mencapai 13.7% pada tahun 2020.
Justeru, perbezaan pada bentuk laporan bagi kedua-dua itu menunjukkan reaksi jelas terhadap pergerakan mata wang greenback dan Loonie.
Jika diperhatikan pula pada carta USD/CAD, harga menunjukkan kesan lonjakan yang ketara pada sesi New York Jumaat lalu selepas laporan pekerjaan diterbitkan.
Pada mulanya harga terbenam di bawah paras 1.35000 hingga mencecah sekitar 1.34700 sebelum lantunan kukuh berlaku.
Ketinggian dicapai sebelum sesi terakhir minggu itu berakhir adalah pada 1.35800.
Namun, harga tidak menyambung kenaikan lebih tinggi pada pembukaan dagangan awal minggu semalam dengan hanya mempamerkan pergerakan mendatar di antara julat paras 1.35500-1.35700.
Pergerakan tersebut berterusan menyambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa), namun harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD memberi isyarat untuk trend bearish diteruskan.
Kenaikan lebih tinggi jika berlaku pada sesi berikutnya menjangkakan paras 1.36000 untuk dicapai.
Untuk kenaikan lanjut, sasaran akan beralih pula kepada zon ketinggian 1.37000 untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.
Namun jika harga menjunam jatuh semula, paras sekitar 1.35000 dilihat antara kawasan yang akan menjadi tumpuan harga.
Susut lebih rendah melepasi dagangan penghujung minggu lalu, harga boleh terjerumus lebih dalam hingga zon 1.34000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG