Emas catatkan kerugian sederhana pada penghujung Selasa dalam sesi amerika Utara selepas mencapai paras tertinggi $2,334. Ia disebabkan oleh laporan Indeks Pengurus Pembelian Global (PMI) S&P yang lebih lemah daripada jangkaan.
Para pelabur dilihat tidak dapat memanfaatkan peluang di sebalik kejatuhan dolar AS dan hasil Perbendaharaan AS juga jatuh ke posisi sebelum ini.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,322.27 iaitu sama nilainya sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.
Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal teguh pada kawasan 4.402% dan hasil sebenar AS yang berkorelasi songsang dengan emas turun 0.41% kepada 2.192% serta mengehadkan kenaikan harga logam kuning itu.
Selain itu, para pelabur masih merasakan risiko geopolitik masih berterusan walaupun sentimen masih tenang selepas Iran melakukan serangan balas dendam mereka ke atas Israel.
Data daripada S&P Global telah menghidupkan semula harapan penurunan kadar faedah di AS berikutan nada hawkish minggu lepas oleh pegawai Fed yang diketuai oleh Pengerusi Jerome Powell.
Salah seorang ahli FOMC yang paling dovish iaitu Fed Chicago, Austan Goolsbee kekal dengan pendiriannya bahawa kenaikan dalam kadar inflasi sudah terhenti.
Terarah pada pergerakan teknikal, selepas kejatuhannya pada hari Isnin yang membentuk corak carta ‘bearish engulfing’, harga emas kini mencecah paras terendah dua minggu pada $2,291.
Walau bagaimanapun, tarikan belian XAU/USD masih lagi kukuh di atas posisi $2,300 dan tiada gambaran jelas berkenaan arah seterusnya.
Jika berlakunya faktor yang tinggi dalam pasaran, ia mampu untuk mengangkat harga logam kuning ke paras $2,350 semula dan membuka laluan menuju $2,400.
Andaikan mereka melepasi tahap itu, arah seterusnya ialah paras tertinggi Jumaat lalu sebanyak $2,417 diikuti oleh paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $2,431.
Sebaliknya, jika penjual XAU/USD mencapai penutupan harian di bawah paras terendah harian 15 April sebanyak $2,324. Hal itu akan membuka jalan untuk menguji $2,300. Pelanggaran yang terakhir akan mendedahkan paras tertinggi 21 Mac pada $2,222.