Logam kuning cecah paras tertinggi pada awal dagangan Jumaat melebihi $2,700 di tengah-tengah ketidaktentuan sekitar pilihan raya Amerika Syarikat.
Dari segi data ekonomi, AS kekal berdaya tahan berikutan data Jualan Runcit dan pekerjaan gagal memberikan bebanan buat kedudukan semasa emas.
Pada jam 9.40 pagi, harga emas berada pada paras $2,702.55 iaitu naik 0.36% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia di hari Jumaat.
Jabatan Perdagangan AS mendedahkan bahawa Jualan Runcit meningkat sedikit di atas anggaran. Pada masa yang sama, Jabatan Buruh AS mendedahkan data mengenai Tuntutan Pengangguran Permulaan yang lebih sedikit yang mempengaruhi harga Bullion.
Buat masa ini, para pelabur kini mengurangkan pertaruhan mereka pada pelonggaran Fed untuk dua mesyuarat terakhir tahun ini.
Pada mesyuarat November, kemungkinan untuk pemotongan kadar 25 mata asas menurun daripada 94% kepada 88.2% manakala peluang Fed berdiri teguh adalah pada 11.8%.
Selain itu, sentimen turut dipengaruhi oleh kebimbangan di Timur Tengah dan pilihan raya AS di mana kedua-dua calon meraih satu jangkaan keputusan yang rapat.
Ketidaktentuan tersebut sering menarik pasaran untuk hadir memberi sokongan buat emas teruskan pendakian lebih tinggi.