Emas kembali tawan posisi tinggi di atas harga $2,500 semasa pembukaan sesi dagangan Asia pada hari Isnin di tengah-tengah nilai dolar AS melemah dan komen bernada ‘dovish’ daripada Federal Reserve (Fed).
Kenaikan ketara emas pada penutup minggu lepas dipengaruhi oleh ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell berkenaan tindakan pemotongan kadar faedah bermula September ini bakal menjadi kenyataan.
Tepat jam 9.20 pagi, harga emas berada paras $2,514.55 iaitu naik sebanyak 0.09% sejak dibuka pada sesi dagangan awal minggu.
Baru-baru ini, Jerome Powell menyampaikan mesej Fed di simposium ekonomi tahunan Jackson Hole di Kansas City yang mampu membebankan kedudukan mata wang USD secara meluas.
Beliau menekankan tindakan segera Fed untuk melaksanakan pelonggaran dasar perlu ditetapkan bagi mengizinkan bank pusat untuk mula menurunkan kadar faedah sambil meyakinkan peserta pasaran bahawa angka buruh akan kekal dalam kedudukan sihat.
Pasaran menetapkan jangkaan pemotongan sebanyak 25 mata asas dengan keyakinan pada 36.5% iaitu meningkat daripada 24% pada minggu lepas.
Jangkaan terus meningkat dalam pelaksanaan pelonggaran dasar dan ia menjadi daya tarikan terhadap emas.
Selain itu, tindakan Hizbullah melancarkan ratusan roket dan dron ke atas Israel pada hari Ahad berjaya digagalkan serta sentimen itu terus meningkatkan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.