Emas menjunam jauh di pertengah sesi Asia pada Rabu menembusi sokongan $2,400 kerana peserta pasaran melihat peluang keuntungan menjelang laporan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) sebelum ini.
Data AS menunjukkan pasaran perumahan terus memaparkan kelemahan dan pegawai Fed kekal dengan pendirian mereka selepas permulaan minggu yang sibuk.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,369.46 iaitu turun sebanyak 0.41% sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi.
Hasil bon Perbendaharaan AS meningkat berikutan laporan inflasi yang lebih panas daripada jangkaan. Ekuiti saham AS pula bercampur-campur sebelum NVIDIA mengumumkan laporan pendapatannya dan mata wang USD naik.
Dalam artikel The Wall Street Journal, mereka menyebut bahawa harga logam kuning itu meningkat sebelum ini disebabkan oleh pembelian besar-besaran oleh bank-bank pusat. Majlis Emas Dunia (WGC) berkata bank pusat di pasaran menunjukkan penambahan sekitar 2.200 tan logam emas sejak suku ketiga 2022.
Ia juga turut berpunca daripada sekatan negara-negara Barat ke atas Rusia selepas pencerobohan ke atas Ukraine.
Baru-baru ini, Fed mengeluarkan minit mesyuarat terbarunya bahawa peserta pasaran perlu bersedia jika berlaku pengetatan dasar sekiranya risiko yang diramalkan berlaku dan mereka akan bertindak bersesuaian dengan keadaan data-data terkini.
Dari segi teknikal pula, aliran harga emas masih di paras tinggi walaupun kejatuhan Rabu berupaya untuk mengheretnya jatuh lebih jauh. Momentum beralih negatif apabila tekanan belian semakin berkurangan dan meningkatkan sentimen jualan.
Sokongan pertama XAU/USD ialah di paras terendah 13 Mei pada $2,332 diikuti ke paras $2,303. Andai ia melepasi ke arah lebih rendah, sasaran seterusnya diletakkan pada SMA 50 hari pada $2,284 sama seperti tahap di awal bulan Mei.
Jika sebaliknya, aktiviti tinggi dalam belian emas bakal menolak harganya untuk melebihi $2,400 dan menawan semula ATH pada $2,450.