Emas bergerak sukar berikutan kebimbangan geopolitik yang semakin mereda sejak beberapa hari dan kini ia cuba untuk memulihkan kedudukannya di pembukaan minggu ini.
Keluaran data ekonomi penting Amerika Syarikat mampu mengubah pendirian dasar Federal Reserve pada mesyuarat Disember dan mencetuskan arah ketara di awal 2025.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,648.96 iaitu naik 0.61% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Logam kuning berharga memulakan minggu di bawah tekanan penurunan harga yang tinggi kerana aliran risiko menguasai sentimen pasaran kewangan berikutan berita pemilihan Donald Trump mencalonkan pengurus dana Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.
Pasaran melihat Scott Bessent adalah calon yang sesuai untuk memberi impak positif dalam Perbendaharaan AS selepas jangkaan penetapan tarif tinggi ke atas pasaran global.
Selain itu, keluaran data Non-Farm Payroll (NFP) November pada Jumaat lepas menyebabkan kejatuhan emas kerana laporan buruh menunjukkan bilangan pekerja baru masuk lebih tinggi daripada jangkaan.
Pertumbuhan secara meluas dalam pasaran buruh telah meningkatkan jangkaan untuk Fed AS untuk mengurangkan kadar faedah sekali lagi pada bulan Disember.
Buat masa ini, data CPI pada Rabu dan mesyuarat Fed pada minggu akan datang berkemungkinan akan menentukan arah pasaran seterusnya di penghujung tahun.