Emas kini menjejak semula paras $2,033.67 semasa sesi Eropah dan turun sebanyak 0.40% bersama-sama nilai mata wang dolar AS yang jatuh semalam.
Walau bagaimanapun, berlakunya peningkatan dalam hasil Perbendaharaan 10 tahun AS dan para pelabur kekal berhati-hati kerana sentimen daripada Federal Reserve (Fed) yang dovish bakal mengurangkan keuntungan buat emas.
Harga emas kini berada pada paras $2,032.95 iaitu naik sebanyak 0.09% sejak pembukaan awal dagangan pagi tadi.
Sentimen pasaran kini masih bercampur-campur walaupun ia dilihat menuju ke arah penurunan dari sudut pandang meluas. Secara tidak langsung, ini akan memberi kelebihan kepada mata wang USD untuk kekal bertahan.
Tinjauan kadar faedah kekal ‘panas’ dengan pelbagai pandangan mengenai pemotongannya untuk bulan Mac dan Mei. Pada Jun, berkemungkinan ramalan peratusan berlakunya pemotongan kadar faedah oleh Fed adalah 50%.
Perbendaharaan 10 tahun AS pula meningkat empat setengah mata asas kepada 4.295% yang menghampiri paras tertinggi tahun ini iaitu sebanyak 4.354%.
Situasi ini akan memberi tekanan buat harga logam kuning serta mendorong para pelabur untuk kekal berjaga-jaga dengan keputusan daripada pegawai Fed. Ia juga bagi mempersiapkan keuntungan menjelang ramalan tiga pemotongan kadar faedah sepanjang 2024.
Melihat secara teknikal, harga emas pula menunjukkan aliran neutralnya sejak pembukaan minggu ini.
Jika harga logam kuning itu mula mengorak lantunan cemerlang, ini akan mengheret harganya ke aras paras atas baharu iaitu pada $2,050 dan paras sokongan kepada $2,065.